Parti pembangkang baru ditubuhkan

Parti pembangkang baru ditubuhkan

TOKYO, 27 Mac (AFP) – Dua parti pembangkang Jepun bergabung hari ini untuk menubuhkan kumpulan baru yang bertujuan memberikan tekanan kepada parti pemerintah konservatif Perdana Menteri Shinzo Abe sebelum pilihan raya dewan pertuanan pada musim panas ini.

Parti Demokratik Jepun (DPJ), parti pembangkang utama, dan Parti Pembaharuan Jepun bergabung untuk mewujudkan parti “Minshinto,” yang akan mempunyai 156 orang penggubal undang-undang dalam dewan pertuanan dan rakyat.

Ia masih jauh lebih kecil daripada gabungan yang dipimpin oleh Parti Liberal Demokratik (LDP), yang mengawal majoriti dewan pertuanan dan lebih dua pertiga dari dewan rakyat.

Nama parti baru dalam bahasa Inggeris merupakan Parti Demokratik.

DPJ menyingkirkan LDP selepas lebih setengah abad menguasai dalam kemenangan besar pilihan raya bersejarah pada 2009.

Namun selepas menerajui tampuk pentadbiran, ia terjejas di bawah pimpinan perdana menteri yang tidak popular dan hilang sokongan awam, dengan LDP pimpinan Abe memperoleh semula kuasa pada 2012.

“Kami mesti sedar ia merupakan peluang terakhir kami untuk melaku perubahan dalam rejim,” kata Katsuya Okada, bekas menteri luar yang memimpin parti baru itu.

ARTIKEL YANG SAMA