Parti pembangkang sertai kerajaan Sri Lanka

Parti pembangkang sertai kerajaan Sri Lanka

COLOMBO, 21 Ogos (AFP) – Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Sri Lanka hari ini bagi satu lagi penggal, selepas meraih sokongan parti kedua terbesar di negara itu bagi kerajaan perpaduan kebangsaan baru.

Parti Mahinda Rajapakse, iaitu Parti Kebebasan Sri Lanka(SLFP) bersetuju untuk memasuki kerajaan campuran meluas dengan Parti Wickremesinghe, Parti Kebangsaan Bersatu(UNP), meskipun bekas presiden akan terus pada kedudukan pembangkang.

Butiran perjanjian tidak segera diperolehi, tetapi SLFP dijangka akan mendapat beberapa portfolio dalam kabinet yang dilantik pada hari Isnin.

Wickremesinghe mengangkat sumpah bagi penggal keempat di pejabatnya di Colombo yang berhadapan dengan Lautan Hindi dalam satu upacara yang disiarkan langsung di televisyen negara.

Parti beliau, UNP telah meraih bilangan terbesar kerusi dalam pilihan raya Isnin lalu tetapi kekurangan majoriti dalam parlimen yang mempunyai 225 anggota.

Ranil Wickremesinghe (kanan) ketika mengangkat sumpah pelantikan apabila berjaya menjawat jawatan perdana menteri Sri Lanka. – Reuters
Ranil Wickremesinghe (kanan) ketika mengangkat sumpah pelantikan apabila berjaya menjawat jawatan perdana menteri Sri Lanka. – Reuters

Perikatan Kebangsaan Tamil (TNA) yang memegang 16 kerusi berkata ia tidak akan menyertai campuran tetapi telah menjanjikan sokongan kerajaan baru sokongan ‘berasaskan persoalan”

Rajapakse yang menghadiri upacara mengangkat sumpah pada hari ini, berharap menjadi perdana menteri.

Tetapi Selasa lalu dia mengakui impiannya ‘telah layu’ selepas keputusan menunjukkan peningkatan sokongan pengundi bagi UNP, Wickeremesinghe.

Rajapakse, 69 tahun mengalami kekalahan mengejut dalam pilihan raya presiden pada bulan Januari, tetapi masih popular di kalangan bahagian besar majoriti masyarakat Sinhale kerana mengetuai usaha menumpaskan gerila pemisah Tamil.

Jawatan Presiden digantikan oleh bekas sekutunya yang juga menteri kesihatan Maithripala Sirisena, yang melantik Wickremesinghe sebagai perdana menteri untuk meneruskan siri-siri reformasi besar.

Sirisena mahu mengundurkan banyak perubahan perlembagaan yang dibawa oleh Rajapakse, yang memberikan dirinya sendiri kuasa besar sebagai presiden.

Dia mengadakan pilihan raya parlimen setahun sebelum dijadualkan selepas Ahli parlimen yang setia kepada Rajapakse terus menerus menyekat perubahan itu.

Kerajaan baru mungkin memperkenalkan perundangan untuk mewujudkan suruhanjaya bebas untuk menjalankan perkhidmatan polis, awam dan kehakiman.