Parti pemerintah capai kemenangan p’raya

Parti pemerintah capai kemenangan p’raya

ASTANA, Kazakhstan, 21 Mac (AFP) – Parti pemerintah Kazakhstan yang kaya tenaga telah mendapat kemenangan besar dalam undian parlimen yang tidak pernah mengancam pemerintahan lama autokrat Presiden Nursultan Nazarbayev, menurut keputusan rasmi hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan raya Tengah (CEC), parti Nur Otan Nazarbayev memenangi 82 peratus undian pada pilihan raya kelmarin dan akan berkongsi parlimen dengan Parti Komunis Rakyat prokerajaan dan Ak Zhol, yang mendapat hanya tujuh peratus undian.

Undian itu – yang menyaksikan tentangan sedikit kepada Nazarbayev – muncul ketika negara bekas Soviet itu menyaksikan kemerosotan ekonomi di sebalik harga minyak jatuh dan krisis ekonomi di negara jiran Rusia, namun pegangan kuasa pemimpin itu kelihatan masih teguh seperti dulu.

Meraikan kemenangan bersama para penyokong hari ini, Nazarbayev – yang semasa undian memberi amaran orang luar untuk tidak ‘terburu-buru’ menghalakan Kazakhstan ke arah demokrasi – mengatakan dia berada dalam ‘keadaan gembira’ berikutan pengumuman keputusan tersebut.

“Parti kami telah menang. Sebanyak 77 peratus yang mengundi adalah satu rekod dan 82 peratus undian diterima oleh Nur Otan – juga satu rekod!” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA