Parti pemerintah Korea U bersidang 6 Mei

Parti pemerintah Korea U bersidang 6 Mei

SEOUL, Korea Selatan, 27 April – Berdepan tekanan meningkat dari antarabangsa terhadap hasrat nuklear dan misilnya, Korea Utara menetapkan satu tarikh bagi konvensyen politik terbesarnya dalam masa beberapa dekad bulan depan yang dijangka akan meningkatkan cengkaman kuasa diktator muda, Kim Jong Un.

Parti Pekerja yang memerintah, diketuai oleh Kim, semalam memutuskan untuk merasmikan kongres ke-7 di Pyongyang pada 6 Mei, Korean Central New Agency melaporkan hari ini.

Ia adalah kali pertama kongres, bahagian penghasil keputusan peringkat tinggi parti, akan diadakan sejak 1980, apabila mendiang ayah Kim, Kim Jonh Il dianugerahkan tugas-tugas utama dalam pengesahan bahawa dia akan menggantikan ayahnya, pengasas Korea Utara, Kim Il Sung.

Sejak berkuasa ketika kematian ayahnya lewat 2011, Kim Jong Un bergelut untuk menghidupkan semula ekonomi negaranya yang bermasalah dan berada dalam perbalahan antarabangsa kerana program-program misil dan nuklear negaranya.

Perbalahan tersebut semakin teruk awal tahun ini apabila Korea Utara melakukan ujian nuklear keempat dan pelancaran roket jarak jauh, yang membawa kepada PBB mengenakan sekatan tegas ke atas Korea Utara dalam tempoh 20 tahun. Korea Utara dan AS juga melakukan latihan tentera mereka yang terbesar.

Dalam respons, Kim bulan lalu mengarahkan ujian peledak nuklear dan misil balistik yang berkeupayaan membawa peledak.

Ia mencetuskan spekulasi bahawa Korea Utara akan melakukan ujian kelima menjelang konvensyen politik untuk meningkatkan imejnya sebagai pemimpin yang berjuang menentang penindasan asing.

Media negara Utara tidak menyatakan apa yang akan dibincangkan dan diputuskan ketika kongres.

KCNA sebelumnya melaporkan bahawa Utara memutuskan untuk mengadakan konvensyen ketika negara itu berdepan dengan “tugasan yang berat” membangunkan negara yang “berkembang maju”.

Penganalisis Korea Selatan berkata Kim dilihat menggunakan konvensyen itu sebagai peluang untuk merombak pegawai-pegawai tertinggi, mendedahkan garis pandu dasar dan meningkatkan kekuatan kepimpinan autoritariannya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA