Parti pemerintah menang undian, pembangkang tidak puas hati

Parti pemerintah menang undian, pembangkang tidak puas hati

TBILISI, 9 Okt – Parti pemerintah Georgian Dream memenangi pilihan raya parlimen Georgia, keputusan awal ditunjukkan hari ini, namun tuduhan berhubungan penipuan undian daripada pembangkang mencetuskan kebimbangan mengenai ketidakstabilan politik di negara Caucasus.

Sekutu Barat Georgia sedang memerhatikan dekat untuk melihat jika negara strategik itu – dipuji sebagai contoh luar biasa demokrasi di bekas rantau Soviet – boleh mendapat kelebihan selepas pemindahan pertama kuasanya dalam kotak undian empat tahun yang lalu.

Dengan undian lebih 67 peratus daripada tempat dikira, pusat suruhanjaya pilihan raya berkata Georgian Dream telah mendahului pasukan pembangkang utama Gerakan Nasional Bersatu (UNM) dengan 49.76 peratus kepada 26.69 peratus.

Selepas undian ditutup pada Sabtu Georgian Dream dengan segera diumumkan menang berdasarkan keputusan undian yang mengatasi UNM.

Namun UNM menuduh kerajaan atas percubaan untuk ‘mencuri pilihan raya’ dan mengadakan perhimpunan bantahan di luar pusat suruhanjaya pilihan raya.

Para penyokong parti Georgian Dream bersorak gembira dengan mengibarkan bendera dan belon semasa perhimpunan selepas pilihan raya parlimen di Tbilisi pada 8 Oktober. – AFP
Para penyokong parti Georgian Dream bersorak gembira dengan mengibarkan bendera dan belon semasa perhimpunan selepas pilihan raya parlimen di Tbilisi pada 8 Oktober. – AFP

“Undian telah dicuri daripada kami. Kami akan mempertahankan undian kami,” Nika Melia, ketua kempen UNM dan calon MP, memberitahu para pembangkang.

Beberapa parti-parti pembangkang – seperti Democratic Georgia, Labour Party dan Alliance of Patriots – juga mengecam, menuduh kerajaan menipu undian besar-besaran.

“Parti kami tidak akan mengiktiraf keputusan ini. Pilihan raya ini tidak bebas dan adil,” bekas speaker parlimen dan ketua parti Democratic Georgia, Nino Burjanadze, memberitahu AFP.

“Kami mempunyai bukti penipuan pilihan raya ini yang menyokong Georgian Dream, dengan undian berganda,” tambahnya. – AFP