Parti pro-Rusia dijangka menang p’raya Kyrgyzstan

Parti pro-Rusia dijangka menang p’raya Kyrgyzstan

BISHKEK, 5 Okt (Reuters) – Para pengundi di Kyrgyzstan secara meluas dijangka akan memberikan parti-parti pro Rusia, mandat baru lima tahun dalam pilihan raya hari ini yang dibayangi ketegangan etnik dan ancaman keganasan pejuang Islam di negara miskin bekas Soviet itu.

Negara yang mempunyai enam juta penduduk yang kebanyakannya beragama Islam telah mengorak langkah lebih dekat dengan Rusia dan jauh dari Barat beberapa tahun kebelakangan.

Di bawah had akhir yang ditetapkan oleh parlimen, AS pada tahun lalu telah menutup pangkalan udara di Kyrgzystan yang menjadi operasi AS di Afghanistan sejak 2001.

Kyrgzstan, terletak di laluan penyeludupan dadah dari Afghanistan, masih terdedah kepada ketidakstabilan politik selepas penyingkiran dua presiden dalam kebangkitan popular tahun 2005 dan 2010.

Sosial Demokrat, yang mengetuai parti campuran yang menamatkan penggal kepimpinannya, nampaknya akan bangkit lagi sebagai parti terbesar. Mereka masih kukuh bersekutu dengan Presiden Almazbek Atambayev, meskipun beliau secara rasmi meletak jawatan sebagai pemimpin mereka selepas dilantik pemimpin negara dalam tahun 2011.

Seorang lelaki membuang undi semasa pilihan raya parlimen di pusat mengundi di Bishkek, Kyrgyzstan, 4 Oktober. -Reuters
Seorang lelaki membuang undi semasa pilihan raya parlimen di pusat mengundi di Bishkek, Kyrgyzstan, 4 Oktober. -Reuters

Atambayev, yang penggalnya akan berakhir pada tahun 2017, secara tidak langsung menyokong Sosial Demokrat sebelum pengundian parlimen membuka jalan raya, terowong dan infrastruktur lain dan menggesa para pengundi ‘memilih kestabilan’, kata-kata palsu parti itu.

Hari ini, beliau telah menjelaskan bahawa beliau mahu Sosial Demokrat menerajui parti campuran memerintah baru dengan mandat lebih mantap.

“Bagi saya, adalah penting untuk mempunyai asas kukuh dalam parlimen,” beliau memberitahu para pemberita selepas mengundi, “Saya berharap, hari ini Sosial Demokrasi akan mendapat lebih 26 kerusi,” katanya, dengan merujuk hasil keputusan parti itu dalam pilihan raya 2010.

Sebilangan pengundi berkata mereka memilih parti lain dekat dengan Sosial Demokrat, kerana Sosial Demokrat bagaimanapun akan menang juga.