Parti Putin menang besar

Parti Putin menang besar

MOSCOW, 19 Sept – Parti memerintah Rusia, Parti Rusia Bersatu menang mudah dalam pengundian parlimen, memberikan laluan bagi Presiden Vladimir Putin untuk memasuki penggal ke empat dalam pilihan raya 2018, menurut sebahagian keputusan.

Pengundian semalam adalah bagi 450 kerusi State Duma, dan ianya berjalan dengan lancar bagi pihak berkuasa yang ingin sekali mengelak dari berulangnya bantahan besar-besaran dan ingin menambah dominan mereka ketika Rusia berdepan dengan krisis ekonomi terpanjang dalam kepimpinan Putin.

Namun bilangan kehadiran rendah menunjukkan bahawa ramai rakyat Rusia mungkin hilang minat kerana sistem Kremlin yang memegang hampir kesemua kuasa, boleh membangkitkan persoalan tentang kesahan.

Dengan 90 peratus undi telah dihitung, parti Rusia Bersatu meraih 54.3 peratus undi, dengan meraih kira-kira 338 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 450 anggota, meningkat dari 238 sebelumnya, menurut keputusan awal hari ini.

Ia diikuti oleh parti Komunis dan parti Liberal Demokratik ultranasionalis, masing-masing meraih 13.5 peratus dan 13.3 peratus dan A Just Russia pula meraih 6.2 peratus, keputusan yang disiarkan oleh suruhanjaya pengundian.

Vladimir Putin ketika berucap di ibu pejabat pilihan raya Parti Bersatu di Moscow, Rusia, kelmarin. – AP
Vladimir Putin ketika berucap di ibu pejabat pilihan raya Parti Bersatu di Moscow, Rusia, kelmarin. – AP

Keempat-empat parti itu yang merupakan parlimen sebelumnya, dan kesemua menyokong Kremlin – adalah satu-satunya yang meleraikan lima peratus nilai yang diperlukan untuk menuntut setengah daripada bahagian kerusi yang dipertandingkan.

Pengundian diadakan ketika sokongan terhadap Putin masih tinggi pada kira-kira 80 peratus dan pihak berkuasa nampaknya mengharapkan pilihan raya presiden berada bebas masalah dalam tempoh dua tahun.

Keputusan itu menunjukkan bahawa kumpulan pembangkang liberal tidak berjaya memasuki parlimen, sama ada Parti Yabloko mahupun parti Parnas yang diketuai bekas perdana menteri Mikhail Kasyanov, tidak meraih undi mencukupi untuk memenangi kerusi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA