Parti Sirisena tawar kerajaan gabungan

Parti Sirisena tawar kerajaan gabungan

COLOMBO, 20 Ogos – Parti Kebebasan Sri Lanka (SLFP) hari ini menawarkan untuk menubuhkan sebuah kerajaan gabungan dengan pemenang pilihan raya minggu ini, dalam langkah yang akan membuka jalan bagi Presiden Maithripala Sirisena untuk memulakan semula agenda pembaharuannya yang terbantut.

Sirisena telah meminta untuk pilihan raya awal selepas pengikut setia bekas Presiden Mahinda Rajakpaksa, juga dari SLFP, menyekat beberapa pembaharuannya untuk menjadikan kerajaan lebih bertanggungjawab dan memudahkan undang-undang pilihan raya rumit Sri Lanka

Rajapaksa, yang masih dihormati oleh kebanyakan dalam mengakhiri pemberontakan Tamil selama 26 tahun pada 2009, mengetuai pakatan pembangkang SLFP pada pilihan raya Isnin.

Tetapi beberapa hari sebelum pilihan raya, Sirisena menyingkirkan sekutu Rajapaksa dari SLFP, sekali gus memperkukuhkan kuasanya dalam parti.

Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe Parti Kesatuan Rakyat (UNP) memenangi kebanyakan kerusi dalam pilihan raya parlimen, tetapi kekurangan tujuh kerusi daripada majoriti langsung.

Presiden Maithripala Sirisena. – Reuters
Presiden Maithripala Sirisena. – Reuters

Pemangku Setiausaha SLFP, Duminda Dissanayake, berkata parti tersebut telah mengambil keputusan untuk menubuhkan satu kerajaan dengan UNP untuk sekurang-kurangnya dua tahun.

Ia telah melantik lima ahli jawatankuasa untuk bekerja dalam menubuhkan kerajaan gabungan negara dengan UNP, katanya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA