Parti Sirisena tawar kerajaan gabungan

Parti Sirisena tawar kerajaan gabungan

COLOMBO, 20 Ogos – Parti Kebebasan Sri Lanka (SLFP) menawarkan hari ini untuk menubuhkan satu kerajaan gabungan dengan pemenang pilihan raya minggu ini, dalam langkah yang akan membuka jalan bagi Presiden Maithripala Sirisena untuk memulakan semula agenda pembaharuannya yang terbantut.

Sirisena telah meminta untuk pilihan raya awal selepas pengikut setia bekas Presiden Mahinda Rajakpaksa, juga dari SLFP, menyekat beberapa pembaharuannya untuk menjadikan kerajaan lebih bertanggungjawab dan memudahkan undang-undang pilihan raya rumit Sri Lanka

Rajapaksa, yang masih dihormati oleh kebanyakan dalam mengakhiri pemberontakan Tamil selama 26 tahun pada 2009, mengetuai pakatan pembangkang SLFP pada pilihan raya Isnin.

Tetapi beberapa hari sebelum pilihan raya, Sirisena menyingkirkan sekutu Rajapaksa dari SLFP, memperkukuhkan kuasanya dalam parti. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA