Parti Suu Kyi menang majoriti Parlimen Myanmar

Parti Suu Kyi menang majoriti Parlimen Myanmar

YANGON, 13 Nov (Reuters) – Parti pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi telah memenangi majoriti di parlimen Myanmar, suruhanjaya pilihan raya Myanmar mengumumkan hari ini, memberinya cukup kerusi untuk memilih calon pilihannya bagi jawatan presiden apabila badan perundangan baru bersidang tahun depan.

Keputusan pilihan raya diketahui beransur-ansur sejak hujung minggu lalu dan hari ini suruhanjaya pilihan raya mengumumkan keputusan kumpulan terbaru kerusi yang memberi parti Suu Kyi, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), majoriti mutlak di parlimen.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, telah mengucapkan tahniah kepada beliau bagi kemenangan dalam pilihan raya bebas pertama di negara itu dalam tempoh 25 tahun.

Obama dan Ban Ki-Moon juga memuji Presiden Myanmar, Thein Sein, kerana berjaya mengadakan pilihan raya bersejarah, dengan Ban mengiktiraf “keberanian dan wawasan” beliau mengadakan pilihan raya di mana parti pemerintah ditewaskan.

Thein Sein dan ketua tentera Min Aung Hlaing, berkata mereka akan menghormati keputusan itu dan mengadakan perbincangan perdamaian dengan Suu Kyi tidak lama lagi.

ARTIKEL YANG SAMA