Parti Suu Kyi sertai parlimen pada 1 Februari

Parti Suu Kyi sertai parlimen pada 1 Februari

YANGON, 6 Jan (AFP) – Anggota parti pro-demokrasi Aung San Suu Kyi akan menyertai kerusi mereka dalam parlimen pada 1 Februari, menurut speaker Myanmar hari ini, memulakan era baru bagi sebuah negara di bawah pemerintahan tentera selama berdekad-dekad.

Suu Kyi mengetuai Liga Demokrasi Kebangsaan dengan kemenangan majoriti dalam pilihan raya penting pada November, perjuangan paling besar menentang pemerintah tentera separuh abad lamanya.

Dalam satu kenyataan, speaker parlimen Shwe Mann mengumumkan yang ‘semua MP akan memulakan parlimen baru pada Isnin, 1 Februari 2016, jam 10 pagi’. Namun kerajaan baru akan berkuat kuasa secara perlahan di bawah sistem politik yang kompleks – ia hanya boleh dibentuk selepas Presiden masa ini Thein Sein meletak jawatan pada 31 Mac.