Pas lawatan mansuh

Pas lawatan mansuh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Dua lelaki Indonesia dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah tinggal di Brunei Darussalam selepas pas lawatan mereka mansuh.

Supratman, 46, dijatuhi tiga bulan penjara dan tiga sebatan kerana tinggal di negara ini selama 208 hari selepas pasnya mansuh pada 6 Mei 2015.

Dia ditahan oleh pegawai penguat kuasa imigresen di sebuah rumah sewa di Kampung Masin pada 1 Disember, dan mengaku melakukan kerja bebas sepanjang berada di negara ini.

pg06_151203__mahkamah logo2

Sementara itu, Andri, 24, dikenakan lima bulan penjara dan tiga sebatan kerana tinggal selama 712 hari di negara ini selepas pasnya mansuh pada 18 Disember 2013.

Defendan ditahan ketika pegawai penguat kuasa imigresen membuat pemeriksaan di sebuah rumah sewa di Kampung Kiulap pada 1 Disember di mana dia memberitahu pasportnya telah hilang.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mengarahkan hukuman ke atas kedua-dua defendan bermula hari ini.