PAS Sarawak mahu yuran sekolah memandu disemak semula

PAS Sarawak mahu yuran sekolah memandu disemak semula

MIRI, 20 Jan – PAS Sarawak menyarankan agar Kementerian Pengangkutan mengurangkan yuran sekolah memandu di negara bagi meringankan bebanan golongan berpendapatan rendah dalam keadaan ekonomi semasa.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata yuran baharu sekitar RM350 hingga RM1,250 yang dikuatkuasakan pada 2014 adalah terlalu mahal bagi golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan lesen atas tujuan peribadi atau komersial.

“Masyarakat sudah pun terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Kementerian Pengangkutan sepatutnya mengurangkan yuran ini, mungkin kurang daripada RM1,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kadar yuran semasa adalah motosikal B2 (RM350), motosikal B (RM900), kereta manual (RM1,150) dan kereta automatik (RM1,250). – Bernama