Pasangan artis derma AS$1 juta bagi pelarian Syria

Pasangan artis derma AS$1 juta bagi pelarian Syria

LONDON, 27 Dis – Pelakon Komedi Sacha Baron Cohen bersama isterinya (gambar) telah mendermakan AS$1 juta untuk membantu pelarian Syria, badan kebajikan yang menerima wang tersebut mengumumkan hari ini.

Bintang ‘Borat’ dan isterinya pelakon, Isla Fisher menderma AS$500,000 kepada Save the Children bagi bayaran vaksinasi campak untuk kanak-kanak di utara Syria.

Pasangan itu juga mendermakan jumlah yang sama kepada Jawatankuasa Menyelamat Antarabangsa (IRC) untuk membantu pelarian di Syria dan negara jiran, terutamanya kanak-kanak dan wanita, dengan penjagaan kesihatan, perlindungan dan sanitasi.

Justin Forsyth, ketua ekseutif Save the Children, mengatakan wang itu akan ‘menyelamatkan ribuan nyawa dan melindungi sebilangan kanak-kanak berkenaan’.

“Dengan kemurahan hati mereka, membolehkan kami menderma kepada kanak-kanak Syria, sekali gus Sacha dan Isla membantu menonjolkan tragedi itu mengenai isu hari ini,” tambahnya.

pg15_151228_b

David Miliband, bekas setiausaha luar negeri Britain yang juga presiden IRC, menggelar hadiah mereka itu satu ‘ekspresi besar mengenai kemanusiaan’. – AFP