Pasangan Cina dapat hidayah

Pasangan Cina dapat hidayah

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Sepasang suami isteri berbangsa Cina mendapat sinar Islam setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman mereka yang diadakan di kediaman Haji Ishak bin Haji Moksin, di STKRJ Katok B, Kampung Mata-mata, di sini, semalam.

Awang Liau Tung Vun, 43 dan isterinya Dayang Su Yan Nee, 33, masing-masing telah memilih nama Islam mereka sebagai Mohammad Rezky bin Abdullah dan Nur Keysha binti Abdullah.

Ketika ditanya apa yang membukakan hati untuk memeluk agama Islam, Awang Mohammad Rezky memberitahu, beliau sudah lama meminati agama Islam dan menyedari tuhan itu adalah Allah yang Maha Esa.

Begitu juga bagi Dayang Nur Keysha, yang menurut beliau, minatnya terhadap agama Islam sudah lama bertapak di nalurinya sebelum mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.

Pasangan berbangsa Cina yang memeluk Islam kelmarin di STKRJ, Katok B.
Pasangan berbangsa Cina yang memeluk Islam kelmarin di STKRJ, Katok B.

 

ARTIKEL YANG SAMA