Pasangan dera anak dibicara 9 Feb ini

Pasangan dera anak dibicara 9 Feb ini

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Kes seorang ibu dan teman lelakinya yang berdepan pertuduhan mendera dan membiarkan seorang kanak-kanak perempuan di bawah jagaan mereka mengalami kecederaan fizikal akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 9 Februari.

Mohammad Shahiful Rizal bin Bakri, 28, didakwa mendera kanak-kanak berusia empat tahun itu sementara Nurihsan binti Supri, 28, pula berdepan dakwaan membiarkan anaknya didera.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Tanjung Selasih, Kampung Mengkubau sekitar Disember 2015.

Dalam sebutan semalam, Timbalan Pendakwa Raya Norhayati binti Omar menolak untuk kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin atas sebab dikhuatiri tertuduh akan mendekati mangsa dan mengganggu saksi pendakwaan.

pg06_160208_mahkamah logo

Meyentuh mengenai hak penjagaan mangsa, Ketua Majistret Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menyuarakan kebimbangannya mengenai perkara ini apatah lagi bapa mangsa telah meninggal dunia di mana penjaga yang sah ialah ibu mangsa iaitu tertuduh dalam kes ini. Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan mahkamah dia akan melihat perkara itu, dan turut memberitahu mangsa kini dijaga oleh neneknya.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh menyuarakan rasa sesal atas perbuatan mereka di mana Nurihsan merayu untuk berjumpa dengan anaknya.

Ketua Majistret memerintahkan kedua-dua tertuduh untuk ditahan reman di Penjara Jerudong.

ARTIKEL YANG SAMA