Pasangan didakwa seludup telur penyu

Pasangan didakwa seludup telur penyu

SAN DIEGO, 10 Dis – Pasangan suami isteri dari Selatan California telah didakwa di mahkamah persekutuan San Diego atas tuduhan menyeludup telur penyu ke Amerika Syarikat (AS) dari Mexico, para pegawai berkata hari ini, yang pertama bagi pihak pendakwa di rantau sempadan.

Jose Jimenez, 64 tahun, dan Olga Jimenez, 52 tahun, kedua-duanya warga AS, didakwa dengan satu pertuduhan jenayah setiap seorang, iaitu berkomplot, menyeludup, penyeludupan haram hidupan liar dan pengimportan, menurut fail pendakwaan Selasa lalu.

Penolong Peguam AS Melanie Pierson berkata pendakwaan itu menandakan dakwaan jenayah kali pertama dikemukakan di Daerah Selatan California kerana menyeludup telur penyu.

Telur penyu itu datang dari ‘kelompok’ 100 hingga 200 biji dari dua spesies penyu yang dilindungi, iaitu penyu olive ridley dan Kemp’s ridley, menurut para pegawai.

Di Mexico, Amerika Tengah dan sebilangan negara Asia, telur penyu dikatakan mempunyai khasiat afrodisiak.

Menurut pendakwaan, Olga Jimenez telah memperoleh 911 biji telur di Nayarit, Mexico dan menyimpannya di dalam kotak penyejuk dan kemudian menaiki bas menuju Tijuana, San Diego.

Suaminya kemudian memandu ke Tijuana, yang mana pasangan itu dikatakan memindahkan telur itu ke dalam dua kotak penyejuk, menyembunyikan bersama ikan dan udang serta menyerahkannya kepada pemandu yang diupah, tanpa memaklumkan kepada pemandu berkenaan tentang telur-telur itu.– AFP