Pasangan diraja akan mengadakan kunjungan hormat ke Britain

Pasangan diraja akan mengadakan kunjungan hormat ke Britain

MADRID, 4 Dis (AFP) – Raja Sepanyol, Felipe VI dan isterinya Letizia akan mengadakan kunjungan hormat ke Britain atas undangan Ratu Elizabeth, menurut istana diraja hari ini, lawatan pertama seumpamanya dalam masa lebih 30 tahun.

Pasangan diraja itu akan menginap di Istana Windsor semasa kunjungan mereka yang bermula 8 hingga 10 Mac tahun depan, menurut jurucakap istana, David Sanchez.

“Ia akan menjadi lebih 30 tahun sejak kunjungan negara terakhir, kira-kira pada tahun 1986,” tambahnya.

Felipe menaiki takhta tahun lepas apabila ayahnya Juan Carlos turun takhta, berikrar untuk membersihkan monarki Sepanyol, yang telah dilanda siri skandal termasuk pertuduhan penipuan ke atas kakaknya Cristina dan suaminya.

Raja yang berusia 47 tahun itu mewujudkan pasangan moden dan glamor bersama pasangannya iaitu bekas seorang penyampai televisyen, Letizia, 43, yang dikahwininya pada tahun 2004.

ARTIKEL YANG SAMA