Pasangan diraja bertemu peminat, usahawan

Pasangan diraja bertemu peminat, usahawan

MUMBAI, 11 April (AFP) – Putera Britain, William membantu memasak dosa di Mumbai hari ini selepas dia dan isterinya Kate bertemu peminat mereka di India, menjadikan impian penduduk berusia 93 tahun menjadi kenyataan.

Duke of Cambridge bertemu para usahawan dan pelabur di bandar barat sebelum membuat pankek India menggunakan alat automatik inovatif yang digelar DosaMatic.

Selepas menyaksikan demonstrasi, William dengan senang hati menuang beberapa tepung sadur dan menunggu dosa sehingga masak sebelum mencubit sedikit dan mengatakannya ‘enak’.

“Duke mengatakan dia ingin mendapatkan mesin ini di istananya,” Eshwar Vikas, pencipta peranti dan ketua eksekutif Mukunda Foods, memberitahu para wartawan selepas itu.

Hari kedua jelajah sub benua India mereka muncul selepas pasangan diraja bertemu Boman Kohinoor, pemilik kafe Parsi terkenal di Mumbai, pada malam Ahad.

Putera William dan Catherine bergambar semasa melawat ke Gandhi Smriti, sebuah muzium India yang didedikasikan kepada Mahatma Gandhi di New Delhi pada 11 April. – AFP
Putera William dan Catherine bergambar semasa melawat ke Gandhi Smriti, sebuah muzium India yang didedikasikan kepada Mahatma Gandhi di New Delhi pada 11 April. – AFP

Kohinoor, 93, yang mendakwa peminat fanatik kerabat diraja Britain – sehingga potongan kadbod gergasi William dan Kate menghiasi restorannya – dan dia memberitahu AFP pada Jumaat dia sangat teringin untuk bertemu mereka.

“Pasangan kerabat itu sangat tersentuh dan mengundangnya ke hotel mereka sebelum gala kebajikan malam semalam,” Kensington Palace mentweet hari ini, di samping gambar mereka berdua bertemu Kohinoor.

Pada lawatan itu putera juga bertemu para pegawai daripada Mahindra Racing, yang menghasilkan kereta elektrik jenis Formula One, dan menguji ciptaan terbaru mereka, sementara Kate beramah mesra dengan para usahawan di Social – tempat pertemuan trendy di Mumbai.

William menamatkan acara pagi dengan membuat ucapan singkat semasa melancarkan satu program anugerah kepada syarikat permulaan India yang digelar Tech Rocketship Awards.

ARTIKEL YANG SAMA