Pasangan penagih dadah didenda

Pasangan penagih dadah didenda

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160524_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Sepasang suami isteri dijatuhkan hukuman denda, masing-masing $1,300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan mengambil dadah pada 2013.

Ramlee bin Sulaiman, 55 dan Hazira binti Abdullah, 42, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain kerana mengambil Methylamphetamine pada 6 Ogos 2013.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah turut mengarahkan kedua-dua defendan untuk menjalani ujian air kencing selepas sebutan, dan memberi tempoh sehingga 22 Ogos 2016 untuk mereka membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan dua bulan penjara.

Kedua-dua mereka diberkas oleh pegawai narkotik ketika berada di dalam kereta di kawasan Kampung Burong Lepas, dan mengaku telah mengambil syabu.

Mereka kemudian dibawa ke Biro Kawalan Narkotik untuk siasatan dan pengambilan sampel air kencing yang mana keputusan analisis menunjukkan ia mengandungi dadah.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya.

ARTIKEL YANG SAMA