Pasangan seludup dua wanita dibicara awal Oktober

Pasangan seludup dua wanita dibicara awal Oktober

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Pasangan dari Filipina dan Cameroon yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyeludup dua wanita Filipina ke negara ini pada September 2012 dan Februari 2014 bakal menjalani perbicaraan pada 6 dan 7 Oktober 2015.

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan tarikh perbicaraan bagi Clydeelyn H. Cazal berusia 32 tahun dari Filipina dan Francis Viban Bayong, 29 dari Cameroon yang didakwa di bawah Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Manusia 2004 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis, Penggal 120.

Dalam sebutan terdahulu, Hakim Dato Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid menolak permohonan pasangan itu untuk dilepaskan atas ikat jamin.

pg06_150824_mahkamah logo2

Pasangan itu berdepan dakwaan terlibat dalam penyeludupan dua wanita, masing-masing berusia 33 dan 36 tahun ke negara ini; mengupah kedua-dua wanita berkenaan untuk tujuan pelacuran dan menggunakan beberapa kediaman sebagai tempat pelacuran.

Salah seorang daripada tertuduh turut berdepan dengan kesalahan di bawah Akta Lalu Lintas kerana didapati memandu tanpa lesen.