Pasangan Sepanyol tewaskan Perancis di Kooyong

Pasangan Sepanyol tewaskan Perancis di Kooyong

MELBOURNE, 12 Jan (dpa) – Pemain–pemain dari Sepanyol menewaskan pemain Perancis semalam pada hari pembukaan Kooyong Classic ketika Feliciano Lopez dan Nicolas Almagro keduanya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan sebelum Terbuka Australia.

Lopez menewaskan Gilles Simon yang mengalami kecederaan dengan 6-7 (4-7), 6-4, 11-9 ketika pemain nombor 12 itu mengalami masalah otot dada yang dikatakan berpunca daripada kecederaan bahu pada musim luruh lalu yang menjejaskan servisnya.

Almagro yang baru saja mendirikan rumah tangganya, pemenang gelaran 13 kali gelanggang tanah liat, mengetepikan Paul-Henri Mathieu selepas ketinggalan 3-5 pada set pertama untuk mencatatkan keputusan 7-5, 6-3.

Almagro pemain pilihan ke-74, yang terjejas dengan dua tahun kecederaan, memenangi lima permainan ketika kebangkitan yang membawanya untuk mencatatkan kemenangan 1-0 pada set kedua dengan break.

Almagro mengekalkan kawalan untuk menghasilkan kemenangan ketika dia bersedia bagi kemunculan ke-11 Terbuka Australia.

“Saya bersedia untuk beraksi dalam Terbuka. Saya bersedia untuk berjuang. Saya sihat, jadi mari lihat apa yang boleh saya lakukan.”

Pemanasan pra Terbuka tradisi yang sebelumnya di bawa oleh pemain –pemain utama dunia, menukar kedudukan sambil mengembangkannya kepada 12 selepas beberapa musim dengan lapan pemain dalam persaingan itu.

Penekanan sekarang adalah ke atas kualiti pemain pertengahan yang dikenali oleh peminat-peminat tenis, dengan pengarah pertandingan menggelar pertandingan 12 pemain itu “pertandingan butik.”

Hyeon Chung dari Korea Selatan memenangi persaingan terhadap pemain remaja ketika dia berjaya mengatasi pemain wildcard Terbuka Australia, Omar Jasika 6-4, 6-3.

Chung, 19, memerlukan hanya 71 minit untuk mencatatkan kemenangan, pulih dari break set pertama dan tewas dua kali pada set kedua untuk memastikan kejayaannya menjelang kemunculanya dalam Terbuka Australia.

ARTIKEL YANG SAMA