Pasar Pakistani untuk suara kebebasan wanita

Pasar Pakistani untuk suara kebebasan wanita

PAKISTAN – Satu jalan sempit berliku-liku melalui Valley of Pearls di Kashmir menuju ke arah 13 buah kedai berbumbung tin yang tersembunyi dalam barisan goyah, pasar yang hanya dikendalikan oleh wanita yang juga dijadikan sebagai ruang untuk mereka yang ingin mendapatkan bantuan terhadap keganasan sistem patriarki Pakistan. Pasar itu, terletak di sebuah kampung kecil di luar bandar utama Rawalakot di kawasan konservatif Kashmir, bermula sebagai satu tempat yang dikendalikan oleh wanita untuk wanita.

Di sana, mereka hanya boleh membeli dan menjual bekalan menjahit, melawat butik pakaian atau berlatih menjadi jurusolek, satu saluran keluar yang dialu-alukan oleh kebanyakan orang yang bergelut dengan sekatan ke atas wanita di kawasan tradisional Islam. Pekerja sosial Nusrat Yousuf, yang bekerja dengan mangsa kegasanan rumah tangga menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuainya, membantu memujuk tuan rumah menyediakan tanah untuk mendirikan pasar pada tahun 2011.

Wanita di kawasan itu, katanya, dilarang oleh keluarga mereka untuk bekerja di pasar utama di bandar kawasan. “Mereka berasa kecewa apabila mereka tidak mendapat pekerjaan dan menghabiskan masa mereka di rumah,” beritahu balu berusia 48 tahun kepada AFP.

Pasar berkenaan, di mana lelaki pada mulanya diharamkan, memberikan satu kelegaan kepada kepercayaan konservatif, menjadikan wanita “kuat dari segi ekonomi.” Yousuf menggambarkannya sebagai satu tempat “di mana mereka boleh melawat dan membincang secara bebas kesemua isu mereka – seperti kelahiran, haid, memasak dan isu rumah tangga, dan kami mencari penyelesaian.”

Pasar di sebuah kampung kecil di luar bandar utama Rawalakot di kawasan konservatif Kashmir itu bermula sebagai satu tempat yang dikendalikan oleh wanita untuk wanita. – AFP
Pasar di sebuah kampung kecil di luar bandar utama Rawalakot di kawasan konservatif Kashmir itu bermula sebagai satu tempat yang dikendalikan oleh wanita untuk wanita. – AFP
Pasar ini menggambarkannya sebagai satu tempat di mana mereka boleh melawat dan membincang secara bebas kesemua isu mereka. – AFP
Pasar ini menggambarkannya sebagai satu tempat di mana mereka boleh melawat dan membincang secara bebas kesemua isu mereka. – AFP
Pasar itu telah menjadikan kebanyakan hidup kaum wanita lebih senang. – AFP
Pasar itu telah menjadikan kebanyakan hidup kaum wanita lebih senang. – AFP

Dari percakapan kepada penentangan

Ia termasuk bagaimana membantu wanita bercerai dan mangsa keganasan rumah tangga mengemuka aduan dengan polis dan memperjuang kes mereka di mahkamah. Wanita telah bergelut memperjuang hak mereka selama beberapa dekad di Pakistan. Beratus orang dibunuh setiap tahun, biasanya oleh saudara lelaki, dalam “pembunuhan maruah” dan serangan asid masih merupakan kejadian yang biasa berlaku.

Kumpulan hak dan ahli politik bertahun-tahun lamanya telah menggesa undang-undang yang lebih ketat dilaksanakan untuk menghukum mereka yang melaku keganasan ke atas wanita di Pakistan. “Polis tidak menahan seorang lelaki berpengaruh yang memotong hidung isterinya tiga bulan lalu,” katanya, menceritakan hanya satu daripada kes yang dikendalinya daripada pejabatnya di pasar.

“Dia berjumpa dengan kami, dan NGO kami mengadakan bantahan ke atas polis,” jelas Yousuf, menambah beliau seterusnya bertemu dengan pegawai polis dan mengemukakan satu aduan. “Sekarang orang yang melaku kesalahan telah ditahan oleh polis. Kami telah mengupah peguam wanita untuk mengendali kes tersebut,” kata beliau.

Razia Bibi, seorang ibu kepada dua orang anak dan berusia 35 tahun di mana suaminya bercerai dengannya lima bulan lalu, menceritakan bagaimana Yousuf membantunya mengemudi mahkamah untuk mendapatkan alimoni daripada bapa anaknya. “Saya berharap keputusan akan memihak kepada saya,” katanya.

Yousuf berkata NGO, Program Bantuan Luar Bandar Pearl, yang mengumpul bersama pertubuhan wanita di tujuh kampung tempatan, juga sedang melobi kerajaan untuk mendapatkan meja berasingan untuk wanita di setiap balai polis, di mana mereka boleh bercakap kepada pegawai wanita “dengan lebih selesa.”

Usahawan wanita

Yousuf berkata, pada asalnya, lelaki diharamkan daripada memasuki pasar berkenaan. Sekarang mereka boleh masuk, tetapi hanya jika ditemani seorang wanita. Pasar itu telah menjadikan hidup lebih senang, kata pelanggan Ayesha Bibi. “Kami terpaksa mengunjungi pasar utama sebelum ini, dan kami memerlukan teman seorang ahli keluarga lelaki untuk pergi ke sana,” jelasnya.

Ia juga menyediakan peluang ekonomi untuk mereka seperti siswazah komputer Sara Rasheed, di mana keluarganya enggan membenarkannya bekerja di mana-mana kawasan yang dikuasai oleh lelaki. Beliau berjaya memujuk mereka untuk membenarkannya membuka sebuah salun kecantikan di pasar, katanya. “Saya memperoleh pendapatan yang lumayan dan menyimpan banyak wang untuk masa depan saya dan keluarga,” tambahnya dengan perasaan bangga.

Khurshid Begum, seorang balu berusia 42 tahun dan ibu kepada empat orang anak, membuka sebuah kedai jahit dan mengajar cara-cara menjahit kepada budak perempuan di sana. “Perniagaan saya telah berkembang. Pendapatan saya telah meningkat,” katanya. “Kami cuba menjadikan semakin ramai wanita lebih mahir pada masa depan,” kata Yousuf. “Saya berasa amat gembira saya telah mencapai matlamat saya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA