Pasar raya Sri Chola dibuka

Pasar raya Sri Chola dibuka

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Orang ramai dan penduduk di persekitaran Kampung Kapok, Daerah Brunei dan Muara tidak perlu lagi pergi jauh untuk membeli barangan keperluan seharian mereka apabila Pasar raya Sri Chola yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan mula dibuka hari ini.

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, dan Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin serta para jemputan lainnya.

Menurut Pengurus Pasar raya Sri Chola Sdn Bhd, S Palaliven, pasar raya ini pastinya akan menyaingi tawaran-tawaran yang dibuat di tempat lain. Beliau percaya lokasi yang sangat strategik menjadikan Sri Chola adalah antara lokasi yang akan menjadi tumpuan ramai yang ingin mendapatkan keperluan di samping membeli belah barangan-barangan keperluan.

Majlis perasmian berkenaan berlangsung dengan pemotongan reben oleh Yang Berhormat Pehin bersama ahli rakan kongsi lainnya, diikuti dengan lawatan Yang Berhormat Pehin di persekitaran dalam pasar raya tersebut dan sesi ramah mesra bersama kakitangan Sri Chola yang terdiri daripada belia-belia tempatan.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar merasmikan pembukaan pasar raya baru Sri Chola  Sdn Bhd.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar merasmikan pembukaan pasar raya baru Sri Chola Sdn Bhd.

ARTIKEL YANG SAMA