Pasar terapung Vietnam hadapi cabaran untuk terus kekal

VIETNAM – Seorang peniaga kelihatan sedang memperbaiki skala timbangannya yang digunakan untuk menimbang barang perniagaannya dalam sebuah perahu.

Peniaga itu berusaha untuk menjual barang perniagaannya di sebuah kawasan pada satu masa dahulu terkenal sebagai sebuah lokasi perniagaan yang maju, Pasar Cai Rang Vietnam yang terapung namun pada hari ini, peniaga itu hanya memperolehi beberapa dollar keuntungan setelah beberapa peniaga sudah nekad untuk berniaga di kawasan darat.

Dikelilingi dengan kawasan bangunan yang sudah tua, Nguyen Van UT berdiri di perahu tuanya dan berkata bahawa kebanyakan penjaja telah menyerahkan perahu mereka untuk imbalan kehidupan yang lebih baik. Kebanyakan penjaja ini pernah memenuhi kawasan pasar terapung itu namun kini ia semakin berkurangan. Pasar terapung ini pada satu ketika dahulu telah berjaya menjadi sebuah pasar raya yang terkenal di negara tersebut.

“Saya tidak mempunyai banyak pelanggan sekarang berbeza dengan dahulu namun pada hari ini, kebanyakan peniaga telah meninggalkan pasar terapung ini malah kebanyakan peniaga telah beralih daripada menggunakan perahu kepada penggunaan kereta,” kata Nguyen kepada wartawan AFP. Nguyen telah memulakan perniagaan di pasar raya terapung itu sejak 30 tahun yang lalu dan menjalani perniagaan membaik pulih barang elektronik. Nguyen telah menjadikan Sungai Can Tho itu sebagai sumber pendapatannya dan disokong oleh anak-anaknya yang masih hidup selepas isteri dan juga dua anaknya lemas dalam satu kemalangan. Untuk mendapatkan satu kehidupan yang lebih baik, dia sekarang bergantung kepada pemberian anak-anaknya yang mana tiga daripada mereka bekerja di bandar yang berdekatan.

Menurut pejabat pelancongan tempatan negara itu, pasar terapung, Cai Rang adalah sepanjang dua kilometer dan sungai ini pernah dipenuhi oleh 550 buah bot pada tahun 2005 namun sekarang hanya 300 sahaja dilaporkan berada di sungai berkenaan. Pasar terapung ini telah menjadi mangsa kepada kemunculan ekonomi Delta Mekong, yang telah berkembang pesat sejak sedekad yang lalu.

Sungai Cai Rang yang sepanjang dua kilometer dan pernah dipenuhi oleh 550 buah bot pada tahun 2005 namun sekarang hanya 300 sahaja dilaporkan berada di sungai berkenaan. – AFP

Sektor industri dan pembinaan di negara itu telah menyumbang hampir 570,000 sumber pekerjaan dan telah mengambil pekerja dari keluarga yang miskin. Namun bagi penduduk seperti Nguyen, ia telah ditinggalkan, tidak mampu untuk hidup di kawasan darat. Malah ada beberapa penjaja hanya meraih keuntungan dengan mendapat upah daripada para pelancong yang berduyun-duyun ke pasar terapung itu untuk mendapatkan keselesaan kualiti sebuah kehidupan.

Nguyen Thi Hong Tuoi mula bekerja di pasar terapung itu ketika dia masih kecil lagi seperti ibu dan neneknya walaupun dia mendapat wang yang lebih baik, namun dia tidak mengharapkan anak-anaknya untuk menjalankan lagi tradisi perniagaan keluarganya itu.

“Pada masa yang akan datang, saya akan membiarkan anak perempuan saya untuk berdikari dan berniaga di kawasan darat supaya dia dapat belajar serta mempunyai pekerjaan yang lebih terjamin,” kata ibu yang berusia 34 tahun itu kepada wartawan AFP. Situasi ini merupakan aspirasi yang sama untuk golongan muda di Vietnam, di mana lebih daripada separuh jumlah penduduk di negara itu yang berumur di bawah 30 tahun tidak sabar untuk berpindah ke kawasan bandar yang berkembang pesat dan mendapat peluang untuk satu pekerjaan yang lebih terjamin.

Pasar terapung ini pada satu ketika dahulu telah berjaya menjadi sebuah pasar raya yang terkenal di negara tersebut. – AFP
Pasar terapung ini telah menjadi mangsa kepada kemunculan ekonomi Delta Mekong, yang telah berkembang pesat sejak sedekad yang lalu. – AFP

Tekanan pasar raya

Pasar terapung Cai Rang merupakan pasar raya air yang besar selepas Vietnam, Kemboja dan juga Laos jatuh dalam taklukan Perancis, malah pihak Perancis dengan mudah mengeksploitasi sumber tanah jajahan yang dahulunya disebut sebagai Indochina. Selain itu, Delta Mekong digunakan untuk mengangkut barang dan juga manusia untuk satu rangkaian perjalanan sungai yang boleh dipercayai dan selamat.

Dianggarkan kira-kira sedozen yang masih melakukan perniagaan di Delta Mekong, Vietnam, namun seperti Cai Rang, Mekong turut mengalami situasi yang sama. “Pihak kerajaan tempatan cuba mengekalkan pasaran terapung ini untuk terus hidup bagi memelihara budaya dan menarik lebih banyak pelancong,” kata Nguyen Thi Huynh Phuong, pensyarah di Universiti Can Tho kepada wartawan AFP.

Pasar terapung ini masih berfungsi sebagai pasar borong dengan penjaja bangun setiap hari sebelum fajar untuk memuatkan bot mereka dengan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengembara dari satu kapal ke satu kapal dan dari satu kampung ke satu kampung. Malah salah satu tarikan hebat pasar terapung ini ialah mi, buah dan kopi serta satu lokasi tarikan hebat buat para pelancong untuk menyaksikan satu keunikan.

Pasar terapung ini diiktiraf sebagai pusat pelancongan negara itu malah pihak kerajaan Vietnam telah menetapkan Cai Rang sebagai tapak warisan negara pada tahun lepas. Bagi penjaja seperti Ly Hung, yang telah hidup di dalam kawasan itu selama 26 tahun, pengunjung telah membantu mengekalkan cara hidup tradisional. “Tanpa pelancong, pasar terapung ini pasti akan hilang untuk selama-lamanya,” kata Ly mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP