Pasaran AS, Eropah melambung ekoran kenaikan harga minyak

Pasaran AS, Eropah melambung ekoran kenaikan harga minyak

HONG KONG, 24 Dis (AFP) – Firma tenaga meningkat dalam perniagaan Asia hari ini selepas kenaikan dalam harga minyak menyebabkan pasaran AS dan Eropah melambung sebelum cuti Krismas.

Satu pertambahan dalam inventori minyak mentah AS menambah harapan bahawa penjualan dalam komoditi, yang telah melihat kontrak Brent mencecah tahap rendah 11-tahun, mungkin akan berakhir.

Menambah kepada nada positif di lantai perniagaan adalah pengeluaran satu lagi data ekonomi dari Washington yang memperkukuh pandangan bahawa ekonomi nombor satu dunia itu berada dalam keadaan tidak memberangsangkan.

Pemerolehan hari ini diperkukuhkan oleh kenaikan ketiga dalam harga minyak selepas Jabatan Tenaga AS berkata simpanan stok merosot pada minggu berakhir 18 Disember, sementara import merosot kira-kira 13 peratus minggu ke minggu.

Minyak AS West Texas Intermediate melonjak 0.6 peratus hari ini dan Brent memperoleh 0.8 peratus, masing-masing melanjutkan pertambahan sebanyak lebih 3.5 peratus semalam.

WTI juga telah disokong oleh keputusan penggubal undang-undang AS pada minggu lalu untuk membatalkan satu pengharaman 40-tahun ke atas eksport minyak mentah, membawa kepada kemerosotan dalam bekalan di negara sendiri.

Berita tersebut merangsang firma tenaga di Eropah dan Amerika Syarikat, dengan firma terkenal termasuk Anglo American, Glencore, Exxon Mobile dan Chevron semuanya bertambah. Ia membawa kepada pemerolehan mendadak di pasaran saham di Frankfurt, Paris, London dan New York.

Di Asia, BHP Billiton yang disenarai di Sydney meningkat 5.3 peratus dan Tio Tinto lebih daripada empat peratus, sementara Inpex di Tokyo naik dua peratus dan CNOOC di Hong Kong menambah tiga peratus.

Di antara pasaran serantau Hong Kong meningkat 0.4 peratus pada akhir perniagaan dan Sydney berpulih 1.3 peratus. Kedua-dua pasaran hanya mencatat perniagaan setengah hari sebelum cuti Krismas.

Terdapat juga peningkatan untuk Singapura, Wellington dan Taipei.