Pasaran Asia meningkat, rangsang kesan Brexit

Pasaran Asia meningkat, rangsang kesan Brexit

HONG KONG, 29 Jun (AFP) – Pasaran Asia meningkat sekali lagi hari ini berdasarkan harapan pihak berkuasa akan melancarkan perangsang baru untuk mengawal kesan pengundian Britain yang mengejutkan untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Selepas pembelasahan pada Jumaat, pelabur serantau pada minggu ini telah memimpin satu kepulangan kepada ekuiti global dan mata wang dengan hasil lebih tinggi.

Bagaimanapun, penganalisis mengingatkan mungkin timbulnya tempoh pergolakan tatkala Britain dan rakan EU cuba mencapai satu perjanjian keluar. Pemerolehan hari ini adalah berdasarkan pemerolehan pada hari sebelumnya selepas Korea Selatan melancarkan pelan bernilai $17 bilion untuk menyokong ekonominya yang telahpun lembap dan berita timbul mengatakan Jepun sedang menimbang untuk mengambil tindakan yang sama.

Peniaga mata wang mengambil pesanan daripada pelanggan di hadapan sebuah papan elektronik yang menunjukkan pelbagai kadar pertukaran pada Ueda Harlow, sebuah syarikat perdagangan pertukaran asing di Tokyo semalam. Pasaran saham Asia melonjak semalam berikutan keuntungan  di Wall Street dan juga keuntungan yang lebih besar di Eropah. - AP
Peniaga mata wang mengambil pesanan daripada pelanggan di hadapan sebuah papan elektronik yang menunjukkan pelbagai kadar pertukaran pada Ueda Harlow, sebuah syarikat perdagangan pertukaran asing di Tokyo semalam. Pasaran saham Asia melonjak semalam berikutan keuntungan di Wall Street dan juga keuntungan yang lebih besar di Eropah. – AP

Sebelum bursa Tokyo dibuka. Perdana Menteri Shinzo Abe, Menteri Kewangan Taro Aso dan ketua Bank Jepun Haruhiko Kuroda mengadakan rundingan untuk mengawal krisis Brexit.

Nikkei Jepun berakhir 1.6 peratus lebih tinggi dan Shanghai meningkat 0.7 peratus pada akhir perniagaan.

Hong Kong naik 0.9 peratus pada tengah hari dan Sydney berakhir 0.8 peratus lebih tinggi. Seoul, Singapura, Wellington, Manila dan Jakarta meningkat lebih daripada satu peratus.

ARTIKEL YANG SAMA