Pasaran Asia menurun

Pasaran Asia menurun

HONG KONG, 27 Julai (AFP) – Pasaran Asia kebanyakannya merosot hari ini ekoran penjualan keempat berturut-turut di New York, sementara pelabur menunggu mesyuarat dasar Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat akan datang yang dijangka mencari pengendalian pelan kadar faedahnya.

Dolar juga masih lemah selepas bacaan mengecewakan di pasaran perumahan AS, sementara minyak juga menerima tekanan disebabkan kemelesetan bekalan global.

Tokyo mencatat kemerosotan sebanyak 0.95 peratus, atau 194.43 mata, kepada 20,350.10, Seoul melepaskan 0.35 peratus, atau 7.15 mata, kepada 2,038.81 dan dalam perniagaan lewat Hong Kong merosot 2.57 peratus dan Shanghai adalah 3.20 peratus lebih rendah.

Bagaimanapun, Sydney mengakhiri perniagaan lebih tinggi, menambah 0.43 peratus disebabkan keuntungan oleh peruncit.

Pelabur menerima pendahuluan daripada rakan AS mereka, yang terus menjual saham pada Jumaat apabila data menunjukkan jualan rumah baru merosot pada Jun dan jualan Mei adalah jauh lebih rendah daripada yang dilaporkan sebelumnya.

Berita itu, yang menyusuli satu laporan pengeluaran China yang pesimistik, menyingkirkan ramalan pendapatan daripada peruncit online Amazon.

Dow merosot 0.92 peratus, S&P 500 berkurangan 1.07 peratus dan Nasdaq merosot 1.12 peratus.

“Pasaran saham mungkin kekal turun naik memandangkan kami masih menghadapi tempoh bermusim yang lemah untuk saham pada tahun ini,” beritahu Shane Oliver, ahli strategi di AMP Capital Investors Ltd, kepada Bloomberg News.

“Ketidakpastian masih wujud berhubung pertumbuhan ekonomi China dan kenaikan kadar faedah Persekutuan mungkin berlaku pada akhir tahun ini.”

Tumpuan kini adalah pada mesyuarat dasar Persekutuan pada minggu ini. Sementara ia tidak dijangka menaikkan kadar, peniaga sedang mengharapkan beberapa panduan positif, dengan kebanyakan penganalisis meramalkan satu kenaikan sama ada pada September atau Disember.

Pasaran China mengalami penjualan pada hari kedua berturut-turut disebabkan kebimbangan yang meningkat mengenai keadaan ekonomi China selepas pengukur kegiatan pengeluaran merosot pada Julai kepada tahap paling rendahnya dalam 15 bulan.

ARTIKEL YANG SAMA