Pasaran Asia menurun selepas undian ‘Tidak’

Pasaran Asia menurun selepas undian ‘Tidak’

HONG KONG, 6 Julai (AFP) – Saham Asia kebanyakannya merosot pada hari ini selepas pengundi menolak permintaan berjimat cermat daripada pemiutang, sekali gus mencetuskan kebimbangan negara akan disingkirkan dari zon euro, tetapi euro pulih daripada kerugian awal tatkala peniaga menunggu tindakan pemimpin Eropah seterusnya.

Dalam kejadian berasingan, saham China meningkat hampir lapan peratus dalam beberapa minit pertama perniagaan selepas Beijing memperkenalkan langkah-langkah untuk menyokong pasaran China, yang telah merosot sebanyak satu pertiga dalam tempoh tiga minggu sebelumnya.

Meskipun amaran daripada pemimpin Eropah bahawa referendum semalam merupakan pengundian sokongan-bantahan mengenai euro, lebih daripada 60 peratus pengundi mematuhi gesaan kerajaan untuk mengundi “Tidak,” menyebabkan peniaga keluar daripada pasaran.

Tokyo merosot 2.18 peratus pada tengah hari, Seoul merosot 1.83 peratus, Sydney kerugian 1.18 peratus dan Wellington merosot 0.98 peratus.

Paparan menunjukkan saham di Asia. – AFP
Paparan menunjukkan saham di Asia. – AFP

Shanghai meningkat 7.82 peratus sebelum itu tetapi merosot untuk mencecah 2.16 peratus lebih tinggi pada tengah hari. Hong Kong naik sebanyak 0.70 peratus dalam perniagaan awal, mengambil kesempatan ke atas pemerolehan di China, tetapi mengakhiri sesi pagi 3.18 peratus lebih rendah.

ARTIKEL YANG SAMA