Pasaran Asia merosot

Pasaran Asia merosot

HONG KONG, 22 Julai – Pasaran Asia merosot hari ini, menjejaki Dow disebabkan kerugian pertama Wall Street dalam enam sesi, dengan peniaga berasa kecewa disebabkan komen daripada bank pusat di Jepun dan Eropah yang mendorong mereka mengurangkan harapan perangsang mereka.

Lantai perdagangan dewan niaga di seluruh dunia telah diselubungi keghairahan sejak beberapa minggu lalu, memperoleh bertrilion dolar dalam keuntungan, tatkala pemimpin menjanjikan langkah-langkah untuk memulakan ekonomi ekoran pengundian Britain untuk keluar daripada EU.

Prospek positif, data kukuh AS dan jangkaan Jepun akan melancarkan perangsang besar – dilaporkan bernilai 20 trilion yen – juga menyebabkan yen merosot berbanding dolar.

Bagaimanapun, unit Jepun meningkat semalam selepas BBC menyiarkan temu bual berusia sebulan dengan gabenor Bank Jepun Haruhiko Kuroda di mana beliau berkata ‘tidak memerlukan’ wang helikopter untuk membentuk mana-mana pakej.

Strategi wang helikopter melihat bank menyalurkan wang tunai secara langsung kepada ekonomi, seperti menyimpan wang tunai terus dalam akaun bank orang dan bukannya kaedah pembelian bon yang lebih tradisional.

Dolar merosot daripada tahap melebihi 107 yen untuk berakhir pada 105.76 yen semalam. Pada pagi ini ia membeli 105.90 yen.

“Komen itu akan mengecewakan pelabur yang telah menjual yen sebagai jangkaan pengumuman wang helikopter oleh Bank Jepun pada mesyuaratnya pada minggu depan,” kata Jasper Lawler, penganalisis CMC Markets yang berpangkalan di London.

“Selepas kegagalan program pelonggaran untuk merangsang inflasi, wang helikopter adalah satu daripada beberapa alat yang masih tinggal untuk digunakan oleh Bank Jepun.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA