Pasaran Asia merosot

Pasaran Asia merosot

HONG KONG, 26 Sept – Pasaran Asia merosot pada awal minggu perniagaan baru, berpulih di mana mereka ditinggalkan selepas pemulihan pada minggu lalu kehilangan momentum.

Selepas berasa bersemangat di sebalik keputusan bank pusat AS untuk menangguh kadar faedah untuk masa yang lebih lama, trajektori menurun untuk rantau diteruskan hari ini.

Pelaksanaan wang yang mudah juga bertujuan merangsang mata wang Jepun yen, melemahkan semangat Tokyo yang berakhir merosot 1.25 peratus dan menambah kepada kemelesetan. Yen yang lebih kukuh cenderung menjadikan saham Jepun kurang menarik. Perasaan tidak senang mengenai minyak juga menjejas minat, sebelum satu mesyuarat Persatuan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Rusia pada minggu ini.

“Harga minyak akan memberi pengaruh besar ke atas hala tuju perniagaan pasaran ekuiti pada awal minggu,” kata Angus Nicholson, penganalisis di Melbourne untuk IG Ltd. “Timbulnya ketidakpastian mengenai sama ada anggota OPEC boleh mencapai satu perjanjian,” beritahunya kepada Bloomberg News.

Dua tahun bekalan berlebihan dan kegagalan OPEC mencapai sebarang persetujuan mengenai cara-cara mengatasinya telah menyebabkan pemerhati berasa sangsi mengenai sebarang perubahan haluan apabila anggota ebrtemu di Algeria. Hong Kong dan Shanghai merosot 0.9 peratus pada tengah hari.

Seorang lelaki melihat paparan saham elektronik di Tokyo, kelmarin. Pasaran Asia merosot pada awal minggu perniagaan baru. – AP
Seorang lelaki melihat paparan saham elektronik di Tokyo, kelmarin. Pasaran Asia merosot pada awal minggu perniagaan baru. – AP

Sydney ditutup tidak berubah, sementara Taiwan merosot satu peratus dan Seoul merosot 0.3 peratus. Kemerosotan pada hari ini berlaku di sebalik kekecewaan di AS pada Jumaat, di mana Dow merosot 0.7 peratus dan NASDAQ merosot 0.6 peratus. Saham dalam Apple dan Yahoo memimpin kemerosotan.

Frankfurt dan Paris masing-masing kerugian setengah peratus dalam nilai, sementara London masih stabil. Yen adalah lebih tinggi pada hari ini, dengan peniaga mata wang bersemangat dengan tindakan Bank Jepun pada minggu lalu untuk mensasarkan bon kerajaan 10-tahun dalam usaha terbarunya untuk merangsang inflasi.

Dolar membeli 100.86 yen dalam perniagaan tengah hari di Asia berbanding dengan 101.02 yen di New York pada Jumaat. – AFP