Pasaran Asia merosot dilanda kelemahan data niaga China

Pasaran Asia merosot dilanda kelemahan data niaga China

HONG KONG, 13 Okt – Pasaran Asia kebanyakannya merosot pada hari ini tatkala data perniagaan China yang lemah memperkukuh kebimbangan mengenai ekonomi nombor dua dunia, sementara minit Simpanan Persekutuan mencetuskan desas-desus baru mengenai kenaikan kadar AS sebelum akhir tahun.

Bagaimanapun, Samsung Electronics mencatat pemulihan berdasarkan pembelian tawar-menawar selepas kerugian kira-kira 10 peratus daripada nilainya pada minggu ini disebabkan krisis Galaxy Note 7.

China berkata eksport merosot lebih daripada diramalkan pada bulan lalu, mengecewakan pasaran selepas bacaan positif baru-baru ini berdasarkan aktiviti kilang. Dari segi yuan, ia membatalkan kenaikan enam bulan berturut-turut. Import turut merosot, memburukkan lagi ramalan untuk satu kenaikan.

Penganalisis berkata berita tersebut juga mungkin memberikan tekanan seterusnya kepada yuan, yang telahpun mencecah tahap rendah enam-tahun berbanding dolar.

Angka tersebut keluar seminggu sebelum pengeluaran data pertumbuhan suku ke-3 yang diramal menunjukkan kuasa besar ekonomi dan penjana utama perniagaan dunia sedang berkembang pada kadar perlahan dalam satu suku abad. – AFP

Gambar yang diambil pada 12 Oktober menunjukkan seorang pekerja China membuat patung di kilang mainan di Lianyungang, wilayah Jiangsu timur China. Eksport China menjunam bulan lalu menurut data pada 13 Oktober. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA