Pasaran Asia merosot lagi

Pasaran Asia merosot lagi

HONG KONG, 25 April – Pasaran Asia merosot sekali lagi hari ini selepas kerugian di Wall Street dan di Eropah, dengan harga minyak merosot dan yen menutup beberapa kerugian yang dialami pada akhir minggu lalu.

Peniaga bertindak berhati-hati pada awal minggu yang sibuk yang termasuk mesyuarat dasar di Rezab Persekutuan AS dan Bank Jepun serta laporan pendapatan daripada firma terkenal termasuk Sony dan Nintendo. Kerugian menyusuli satu penjualan pada Jumaat yang didorong oleh pemerolehan keuntungan daripada pemulihan baru-baru ini.

Mitsubishi Motors merosot hampir lima peratus untuk melanjutkan kerugian kepada sesi keempat, setelah merosot lebih daripada 40 peratus di antara Rabu dan Jumaat selepas mengaku menipu dalam ujian penjimatan minyak.

Pada Jumaat, skandal penipuan enjin yang telah menjejas syarikat Jerman Volkswagen tersebar kepada syarikat kereta lain apabila Berlin berkata satu siasatan mendapati 16 jenama utama telah menunjukkan berlakunya penyelewengan.

Di antara firma yang terbabit dalam krisis adalah Nissan di Jepun, Renault di Perancis dan Fiat di Itali. Nissan merosot 0.6 peratus di Tokyo. Indeks Nikkei di Jepun ditutup merosot 0.8 peratus, dengan satu pemulihan dalam yen membebani pengeksport.

Seorang lelaki melihat papan saham elektronik di Tokyo, Kelmarin. – AP
Seorang lelaki melihat papan saham elektronik di Tokyo, Kelmarin. – AP

Unit Jepun merosot berbanding dolar pada Jumaat berdasarkan laporan mengatakan bank pusat negara sedang menimbang membantu syarikat kewangan dengan menawarkan mereka kadar negatif ke atas beberapa pinjaman. Dolar mencecah 111.18 yen, setelah naik kepada 111.80 yen pada Jumaat di New York daripada 109.31 yen sebelumnya.

Pergerakan yen “pada Jumaat adalah reaksi berlebihan terhadap spekulasi bahawa BoJ mungkin memimpin kepada bank komersial dengan kadar faedah negatif,” beritahu Gareth Berry, ahli strategi tukaran asing dan kadar di Bank Macquarie di Sigapura, kepada Bloomberg News.

Sony meleset enam peratus selepas memberi amaran pada Jumaat bahawa ia sedang menangguh ramalan keuntungannya untuk tahun fiskal sekarang tatkala ia menilai kesan gempa bumi pada bulan ini di selatan Jepun. Hong Kong merosot 0.4 peratus pada tengah hari dan Shanghai ditutup merosot 0.4 peratus sementara Seoul, Singapura dan Manila juga berada dalam julat negatif. – AFP