Pasaran Asia, minyak & eksport China merosot

Pasaran Asia, minyak & eksport China merosot

HONG KONG, 8 Mac (AFP) – Pasaran Asia merosot hari ini tatkala pelabur mengambil kesempatan selepas menikmati pemulihan terbaik mereka setakat ini pada tahun ini, sementara China mengeluarkan data yang menunjukkan satu lagi kemelesetan besar dalam eksport dan minyak Brent merosot daripada tahap tinggi 2016.

Pemeroleh keuntungan mempergunakan sebaiknya kenaikan terbaru dalam harga yang telah datang di sebalik data AS yang positif dan harapan China akan menambah usahanya untuk memulihkan ekonomi nombor dua dunia.

Angka daripada Beijing menunjukkan eksport merosot lebih satu perempat pada Februari, sementara import merosot hampir 14 peratus, jauh lebih teruk daripada ramalan dalam tinjauan Bloomberg.

Jumlah tersebut adalah yang terbaru yang memaparkan kelemahan dalam ekonomi, walaupun pegawai berkata mereka terjejas oleh cuti Tahun Baru Cina yang melihat kilang ditutup selama seminggu.

Masa Tahun Baru Cina adalah berdasarkan kalendar bulan dan berubah setiap tahun.

Bagaimanapun, Frederic Neumann, ketua penyelidikan ekonomi Asia di HSBC Holdings di Hong Kong, berkata: “Eksport terjejas sekali lagi pada Februari, memaparkan kemelesetan dalam permintaan global.

“Adalah senang untuk menyalahkan gangguan Tahun Baru Cina, tetapi terdapatnya rasa tidak senang yang lebih mendalam yang semakin ketara dalam angka berkenaan.”

Bagaimanapun, saham Shanghai, yang merosot lebih dua peratus pada satu tahap, berakhir 0.1 peratus lebih tinggi. Hong Kong kerugian 0.7 peratus pada tengah hari.

Angka tersebut keluar tatkala pemimpin China mengadakan perhimpunan dasar tahunan mereka, yang bermula pada Sabtu dengan Perdana Menteri Li Keqiang menyasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.5-7 peratus pada tahun ini.