Pasaran Asia pulih di sebalik kemerosotan Bank Deutsche

Pasaran Asia pulih di sebalik kemerosotan Bank Deutsche

HONG KONG, 3 Okt – Pasaran Asia berpulih hari ini dengan kewangan meningkat disebabkan kebimbangan yang berkurangan mengenai masa depan Bank Deutsche di Jerman selepas satu sumber berkata ia hampir-hampir mencapai satu perjanjian untuk mengurangkan denda Amerika Syarikat (AS) berjumlah berbilion dolar.

Peniaga menjauhi pasaran pada minggu lalu, menyebabkan saham berpulih pada Jumaat, selepas pegawai AS mengenakan pemberi pinjaman dengan AS$14 bilion atas peranannya dalam krisis gadai janji subprima.

Jumlah yang besar itu menimbulkan kebimbangan bahawa bank mungkin muflis dan mencetuskan satu lagi kemelesetan kewangan global, sementara Bloomberg News berkata beberapa dana pelabur telahpun mengeluarkan pelaburan mereka dalam firma – walaupun syarikat berkata ia berada dalam “kedudukan kewangan yang stabil.”

Bagaimanapun, pada Jumaat, seorang individu yang rapat dengan perkara itu memberitahu AFP bahawa bank Jerman hampir-hampir mencapai satu perjanjian untuk membayar AS$5.4 bilion untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Banyak sentimen pasaran telah meningkat disebabkan orang jelasnya berasa bimbang Bank Deutsche mungkin mewujudkan semula saat-saat Lehman,” kata Andrew Sullivan, pengarah urusan untuk perniagaan jualan di Kumpulan Sekuriti Antarabangsa Haitong di Hong Kong, merujuk kepada bank AS di mana kemerosotan mempercepatkan krisis kewangan.

“Disebabkan Bank Deutsche keluar dan berkata ia mempunyai modal yang mencukupi dan ia hampir-hampir mencapai satu perjanjian dengan Jabatan Keadilan AS berhubung denda berkenaan telah memberikan pasaran lebih banyak keyakinan bahawa kami tidak akan mengalami satu lagi krisis dalam sistem perbankan global,” beritahunya kepada Bloomberg News. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA