Pasaran Asia sedikit tenang

Pasaran Asia sedikit tenang

HONG KONG, 11 Sept (AFP) – Pasaran Asia agak tenang hari ini pada akhir minggu yang bergolak, dengan Shanghai dan Hong Kong mencatat keputusan lebih tinggi selepas China melancarkan beberapa siri langkah untuk merangsang ekonominya, namun kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) membimbangkan peniaga.

Mata wang yang lebih berisiko seperti ringgit Malaysia dan won Korea Selatan menerima faedah daripada prospek yang lebih positif, yang menyusuli pendahuluan positif daripada Wall Street, sementara dolar Australia meningkat lebih tinggi.

Yen, dianggap aset ketika krisis, merosot.

Penganalisis berkata pasaran dunia nampaknya sudah stabil selepas turun naik sejak China pada bulan lalu menurun nilai mata wang yuan, sekaligus mencetuskan kebimbangan mengenai ekonomi nombor dua dunia – penjana utama pertumbuhan global – dan keupayaan pemimpinnya untuk mengawal krisis.

Sentimen positif timbul selepas Beijing berusaha memberi jaminan kepada pelabur bahawa ia berupaya mengekal pertumbuhan tinggi, dan mengumumkan satu pelan untuk mempercepat projek pembinaan utama dan mengurangkan cukai untuk perusahaan saiz sederhana dan kecil.

Satu set kawalan modal untuk menghalang aliran keluar wang tunai dilaksanakan pada minggu ini, sementara penganalisis berkata satu pertambahan dalam yuan luar pesisir semalam mencadangkan bank pusat telah campur tangan untuk merangsangnya.

Pihak berkuasa juga melancarkan beberapa siri langkah untuk mengelak perubahan besar dalam pasaran saham China, yang telah melihat trilion dolar menghapus penilaian di Shanghai sejak ia mencapai kemuncak pada pertengahan Jun. Di antara langkah yang dilaksanakan adalah “pemutus litar” yang menghalang saham daripada diniagakan selepas meningkat atau merosot dalam jumlah tertentu.

Shanghai ditutup meningkat 0.07 peratus dan Hong Kong menambah 0.67 peratus pada tengah hari tetapi Sydney merosot 0.47 peratus.

Tokyo merosot 0.19 peratus. Mereka melihat perubahan besar pada minggu itu, termasuk pertambahan 7.7 peratus pada Rabu diikuti oleh kemerosotan 2.5 peratus semalam. Namun untuk minggu tersebut, indeks mengakhiri minggu lebih tinggi berbanding Jumaat lalu.

ARTIKEL YANG SAMA