Pasaran Asia,dolar merundum

Pasaran Asia,dolar merundum

HONG KONG, 26 Ogos – Kebanyakan pasaran Asia bermula negatif pada hari ini manakala dolar merosot tatkala pelabur menunggu ucapan yang dinanti-nantikan oleh ketua Simpanan Persekutuan Janet Yellen.

Tanpa katalis untuk merangsang perniagaan pada minggu ini, ucapan Yellen pada simposium pengurus bank pusat global Jackson Hole telah menjejas pertukaran tatkala peniaga mengharapkan petunjuk mengenai ekonomi AS dan panduan mengenai dasar mata wang.

Spekulasi telah meningkat bahawa bank mungkin menaikkan kadar faedah seawalnya pada bulan depan, walaupun kebanyakan pakar berkata ia tidak mungkin berlaku dan bulan Disember atau Februari merupakan tindakan yang lebih selamat.

“Begitu juga dengan kes Persekutuan, ia akan membabitkan pentafsiran latihan lisan sementara mencari bukti,” kata Stephen Innes, peniaga senior di OANDA, dalam satu nota.

“Peniaga akan mencari pandangan Yellen mengenai peralihan landskap ekonomi global dan domestik serta faedah kos untuk mengekalkan status quo.”

Dengan kenaikan kadar faedah tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat, dolar sedang bergelut untuk memperoleh momentum. Dalam perniagaan awal dolar mencecah 100.45 yen berbanding dengan 100.55 yen di New York lewat semalam, sementara euro naik kepada AS$1.1298 daripada AS$1.1281.

Dolar juga merosot berbanding kebanyakan mata wang lain seperti dolar Australia, won Korea Selatan, rupiah Indonesia dan ringgit Malaysia.

Peniaga ekuiti juga bimbang, dengan Nikkei Jepun merosot 1.2 peratus, dengan satu lagi bacaan inflasi di bawah par menambah tekanan ke atas pihak berkuasa untuk bertindak terhadap ekonomi memandangkan perangsang bertahun-tahun lamanya gagal memberikan kesan serius ke atas pertumbuhan.

Sydney kerugian 0.5 peratus dan Seoul berakhir merosot 0.3 peratus, sementara Wellington dan Manila masing-masing merosot 0.5 peratus. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA