Pasaran e-dagang Malaysia meningkat

Pasaran e-dagang Malaysia meningkat

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) – Malaysia bakal mencatatkan pertumbuhan e-dagang melalui mobiliti, Internet dan keselamatan yang lebih baik serta mendapat sokongan pertumbuhan pasaran e-dagang, kata 11street.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoseok Kim berkata dalam tempoh lima tahun yang lepas (2010-2014), saiz pasaran e-dagang Malaysia telah meningkat sebanyak 31 peratus di dalam kadar pertumbuhan tahunan kawasan.

“Dilihat dari sudut logik, kami menjangkakan ia akan mengikuti kadar pertumbuhan yang serupa dan mencecah AS$3.1 bilion pada 2018,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

11street meramalkan mobiliti, Internet, logistik dan tahap keselamatan yang lebih baik untuk menjadi tiga pemacu utama yang mencetuskan pembangunan e-dagang tempatan dalam 2016.

Katanya, sekarang ini, terdapat 252.4 juta pengguna internet di Asia Tenggara dengan Malaysia muncul sebagai negara ketiga yang merekodkan peratusan pengguna Internet tertinggi pada 67 peratus selepas Singapura dan Brunei.

“Dengan memanfaatkan penggunaan Internet yang semakin meningkat, 2015 telah membuahkan hasil untuk semua perniagaan dalam talian dan e-dagang, malahan, Malaysia telah mencatatkan salah satu daripada urus niaga dalam talian tertinggi bagi setiap modal di Asia Tenggara,” kata Kim.

ARTIKEL YANG SAMA