Pasaran getah dijangka terus meningkat

Pasaran getah dijangka terus meningkat

 

pg19_151116_a

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) – Pasaran getah Malaysia dijangka mencatat kenaikan lebih tinggi minggu depan susulan permintaan meningkat untuk komoditi itu, kata peniaga.

Peniaga berkata, prestasi pasaran niaga hadapan serantau yang bertambah baik telah merangsang pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, harga getah turut akan menjejaki aliran harga minyak mentah serta pergerakan ringgit,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, harga getah diniagakan lebih tinggi berikutan penurunan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dan dipengaruhi pergerakan harga getah di pasaran niaga hadapan serantau.

Mengikut mingguan, pasaran tempatan diniagakan tinggi sepanjang minggu, dengan harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 25 sen kepada 519.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal naik 3.5 sen kepada 378 sen sekilogram.

ARTIKEL YANG SAMA