Pasaran global minyak Asia alami kerugian

Pasaran global minyak Asia alami kerugian

SINGAPURA, 27 Jun (AFP) – Harga minyak mengalami kerugian baru dalam perniagaan Asia hari ini tatkala kesan sampingan daripada keputusan Britain pada minggu lalu untuk meninggalkan Kesatuan Eropah menjejas keyakinan dan membawa tempoh ketidakpastian.

Pasaran global mengalami kerugian teruk pada Jumaat, dengan kira-kira $2.1 trilion menghapuskan penilaian dan pound Britain merosot kepada tahap rendah 31-tahun berbanding dengan dolar, manakala harga minyak merosot lebih daripada lima peratus.

Pada hari ini, minyak mentah merosot seterusnya. Pada kira-kira 0400 GMT, minyak AS West Texas Intermediate merosot 26 sen, atau 0.55 peratus, kepada $47.38 dan minyak Brent merosot 15 sen, atau 0.15 peratus, kepada $48.26.

Kedua-dua kontrak telah merosot hampir 10 peratus daripada tahap tinggi mereka pada 2016 yang dicatat pada awal bulan ini.

“Sementara asas pasaran minyak akan memastikan tidak adanya kemerosotan besar dalam harga minyak mentah, memandangkan UK menyumbang kurang dua peratus daripada permintaan global, pasaran minyak mungkin tetap menerima tekanan sehingga pergolakan dalam pasaran kewangan berkurangan,” kata penganalisis minyak dan gas EY Services Sanjeev Gupta.

“Segalanya terperangkap dalam Brexit,” beritahu Evan Lucas, ahli strategi pasaran di IG Ltd di Melbourne kepada Bloomberg News.

“Asas minyak buat masa sekarang akan diketepikan,” tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA