Pasaran global tunggu keputusan kadar faedah AS

Pasaran global tunggu keputusan kadar faedah AS

WASHINGTON, 16 Sept (AFP) – Pasaran kewangan yang telah terjejas oleh prospek kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pertama dalam hampir satu dekad sedang bersiap sedia tatkala Simpanan Persekutuan memulakan mesyuarat hari ini untuk menimbang keputusannya.

Satu perdebatan telah meletus mengenai sama ada bank pusat AS harus meneruskan dengan pertambahan satu perempat mata kepada kadar dana persekutuan yang akan menandakan penyimpangan penting dengan dasar krisis Persekutuan sejak 2008.

Berdasarkan kebanyakan penilaian, ekonomi AS, dengan pengangguran pada 5.1 peratus dan pertumbuhan sederhana, ia adalah cukup kukuh sekarang memandangkan pengekalan kadar pada sifar peratus tidak diperlukan lagi.

Pertambahan awal mungkin memulakan beberapa siri pertambahan ke arah tahap lebih “normal” sebanyak 3.0 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Namun kepada kebanyakan ahli ekonomi, kemelesetan aktiviti ekonomi global, terutamanya di China, kini menimbulkan risiko kepada pertumbuhan AS dan kenaikan kadar faedah mungkin menjejaskan ekonomi.

Dan ramai orang lain berkata ia mungkin menimbulkan masalah baru dalam pasaran global pada masa yang tidak sesuai.

ARTIKEL YANG SAMA