Pasaran hartanah China catat pemulihan

Pasaran hartanah China catat pemulihan

BEIJING, 18 Nov (Bernama) – Sektor hartanah China dilaporkan mengalami pemulihan perlahan pada Oktober, dengan harga rumah baharu mencatatkan kenaikan bagi perbandingan bulan ke bulan di bandar-bandar yang dikaji, menurut media kerajaannya.

Dari 70 bandar besar dan sederhana dikaji pada Oktober, harga rumah baharu bulan ke bulan meningkat di 27 tempat, turun daripada 39 pada bulan sebelumnya, menurut Agensi Berita Xinhua memetik data dari Biro Statistik Nasional (KBS).

Sementara itu, 33 melaporkan penurunan harga bulan ke bulan, peningkatan daripada 21 pada September, katanya.

Seorang buruh berada di tapak pembinaan kediaman di Qingdao, wilayah Shandong, China. - AFP
Seorang buruh berada di tapak pembinaan kediaman di Qingdao, wilayah Shandong, China. – AFP