Pasaran lebih besar menerusi TPPA

Pasaran lebih besar menerusi TPPA

AUCKLAND, 4 Feb – Perniagaan di Malaysia, termasuk perusahaan kecil dan sederhana, kini menunggu peluang akses pasaran yang lebih besar menerusi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik yang baru dimeterai.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini berkata industri tekstil, elektrik dan elektronik, minyak sawit dan getah juga antara sektor yang berminat mengeksploitasi peluang yang muncul daripada pembukaan pasaran yang lebih besar serta tarif yang lebih rendah yang ditawarkan oleh TPPA.

“Kami yakin akses pasaran sangat penting bagi Malaysia, terutama dengan negara yang kita tidak mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru. Akses pasaran merupakan antara sebab kita menyertai TPPA,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas menandatangani perjanjian itu.

Empat negara terbabit menyumbang kira-kira 74 peratus daripada saiz pasaran blok ekonomi TPPA, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira AS$21 trilion pada 2014.

Ditanya mengenai sama ada sesetengah negara seperti Malaysia dan Vietnam akan memperoleh manfaat yang lebih besar berbanding anggota TPPA lain, beliau berkata terdapat pelbagai pandangan dan kajian mengenai perdagangan perjanjian yang mendakwa manfaatnya sama ada terlalu kecil atau memihak kepada negara tertentu.

“Pertama, isunya terdapat model dan kajian berdasarkan andaian. Bagi Malaysia, kita telah berbincang dengan tokoh dalam industri tekstil, elektrik dan elektronik sebagai contoh, serta kalangan pengeluar produk minyak sawit dan getah. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA