Pasaran naik, peluang tinggi OPEC kurang keluaran minyak

Pasaran naik, peluang tinggi OPEC kurang keluaran minyak

LONDON, 30 Nov – Harga minyak naik lima peratus hari ini, menekan saham Eropah tinggi, ketika para pedagang membayangkan yang OPEC mungkin memutuskan kemudian untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah.

Menteri tenaga Arab Saudi, Khaled al-Falih menyatakan optimis bahawa Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) – yang mengeluarkan kira-kira satu pertiga daripada minyak global – akan mengumumkan hari ini satu perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran dalam pasaran yang dibanjiri minyak.

Komen itu telah merangsang kenaikan pasaran saham minyak global ketika menteri-menteri dari 14 negara berkumpul bagi mesyuarat hasil pengeluaran penting di Vienna.

Ia telah merangsang harga saham dari sektor tenaga Eropah kerana harga minyak tinggi mengakibatkan kepada peningkatan hasil dan keuntungan.

Sekitar tengah hari, pasaran saham Paris dan London meningkat kira-kira 0.4 peratus dalam nilai berbanding yang ditutup pada saham kelmarin.

Syarikat minyak Britain, BP dan Shell meningkat sekitar tiga peratus, sementara rakan Perancis Total naik 1 peratus. – AFP