Pasaran saham Asia meningkat semasa hari percutian AS

Pasaran saham Asia meningkat semasa hari percutian AS

SEOUL, Korea Selatan, 25 Nov – Pasaran saham Asia kebanyakannya lebih tinggi pada hari ini dalam perniagaan suram selepas pasaran AS ditutup pada cuti Hari Kesyukuran.

Nikkei 225 di Jepun kehilangan pemerolehan awal tatkala dolar menjadi lemah berbanding yen dan hampir tidak berubah pada 18,328.03. Kospi di Korea Selatan juga kekal tidak berubah pada 1,973.18. Indeks Hang Seng di Hong Kong meningkat 0.3 peratus kepada 22,687.39, tetapi Indeks Komposit Shanghai merosot 0.2 peratus kepada 3,234.62. S&P/ASX 200 di Australia memperoleh 0.4 peratus kepada 5,507.80. Saham di Taiwan, Singapura dan pasaran Asia Tenggara lain juga meningkat.

“Dengan pasaran AS ditutup untuk Kesyukuran malam semalam dan beberapa saham utama mencecah tahap ketahanan, persoalan untuk peniaga hari ini adalah sama ada pembeli bersedia untuk bertindak secara bebas berdasarkan satu petunjuk daripada pasaran AS,” kata Ric Spooner, ketua penganalisis pasaran di CMC Markets, dalam satu komentar.

Pembeli meletakkan televisyen ke dalam bakul pembelian, yang mana merupakan sebahagian daripada tawaran ‘Black Friday’ di kedai Target kelmarin di Orem, Utah. – AFP
Pembeli meletakkan televisyen ke dalam bakul pembelian, yang mana merupakan sebahagian daripada tawaran ‘Black Friday’ di kedai Target kelmarin di Orem, Utah. – AFP

Pasaran Eropah ditutup lebih tinggi semalam dalam perniagaan ringan. FTSE 100 di Britain naik 0.2 peratus kepada 6,829.20 dan CAC 40 di Perancis meningkat 0.3 peratus kepada 4,542.56. DAX Jerman juga bertambah 0.3 peratus kepada 10,689.26. Pasaran AS ditutup semalam dan akan ditutup awal pada awal hari ini.

Penganalisis berkata harga minyak akan bertindak balas kepada sama ada anggota OPEC mencapai satu persetujuan mengenaii pemotongan pengeluaran ketika mesyuarat mereka pada minggu depan. Minyak mentah AS merosot 36 sen kepada AS$47.60 satu tong dalam perniagaan elektronik di Tukaran Perniagaan New York. Kontrak itu ditutup 7 sen lebih rendah pada AS$47.96 semalam. Minyak mentah Brent, digunakan untuk menetapkan harga untuk minyak antarabangsa, menyusut 47 sen kepada AS$48.53 di London. – AP