Pasaran saham, dolar merosot dengan kemenangan Trump

Pasaran saham, dolar merosot dengan kemenangan Trump

HONG KONG, 9 Nov – Pasaran saham merosot dan dolar merosot berbanding yen dan euro hari ini tatkala Donald Trump memenangi Rumah Putih, dalam kekecewaan mengejutkan dengan implikasi besar untuk ekonomi dunia.

Peso Mexico juga merosot kepada tahap rendah tatkala aset berpulih, dengan emas meningkat lebih lima peratus, sementara kebimbangan mengenai pengukuhan yen mendorong pihak berkuasa Jepun mengadakan rundingan krisis.

Keyakinan awal bahawa calon pilihan pasaran Hillary Clinton akan menang punah ketika keputusan menunjukkan jutawan itu memenangi negeri utama yang diperlukan untuk menduduki Rumah Putih.

Pasaran telah terjerumus dalam krisis memandangkan Clinton dianggap oleh kebanyakan pelabur sebagai pertaruhan yang lebih selamat berbanding Trump, yang dilihat sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dengan dasar yang dikhuatiri oleh kebanyakan orang mungkin menghancurkan ekonomi nombor satu dunia.

“Ia merupakan satu pertumpahan darah di pasaran dalam tempoh beberapa jam lalu dengan peso Mexico terjejas teruk tatkala Donald Trump semakin hampir menenangi Rumah Putih,” kata Craig Erlam, penganalisis pasaran kanan di OANDA.

Pekerja perdagangan syarikat Jepun bagi pertukaran asing semasa berada di terminal mereka di Tokyo kelmarin, apabila Donald Trump dipilih menjadi presiden di skrin televisyen dengan menyampaikan ucapan kemenangannya. - AFP
Pekerja perdagangan syarikat Jepun bagi pertukaran asing semasa berada di terminal mereka di Tokyo kelmarin, apabila Donald Trump dipilih menjadi presiden di skrin televisyen dengan menyampaikan ucapan kemenangannya. – AFP

Tokyo merosot 5.4 peratus pada akhir perniagaan, sementara pada tengah hari Hong Kong merosot tiga peratus dan Shanghai merosot 0.5 peratus. Sydney merosot hampir dua peratus, Seoul merosot 2.7 peratus dan Singapura merosot 1.8 peratus. Wellington merosot 3.3 peratus manakala Taipei merosot 2.0 peratus. Manila merosot 3.3 peratus dan Jakarta dua peratus.

Sensex di Bursa Saham Bombay merosot 3.4 peratus setelah merosot lebih daripada enam peratus pada mulanya tatkala prestasi Trump yang mengagumkan bercampur dengan berita bahawa wang kertas nilai tinggi akan dikeluarkan daripada peredaran sebagai sebahagian daripada tindakan keras ke atas pengelak cukai.

Niaga depan di S&P 500 dan Nasdaq di Wall Street merosot lebih lima peratus sementara di Dow merosot empat peratus. Niaga depan di FTSE 100 London juga merosot lebih daripada empat peratus. – AFP