Pasaran sekuriti SGX belum sambung dagangan

Pasaran sekuriti SGX belum sambung dagangan

SINGAPURA, 14 Julai – Pasaran sekuriti Singapore Exchange (SGX) tidak menyambung dagangannya pada jam 2 petang seperti yang dijangkakan pada awalnya.

“Fail penyelarasan ahli sedang dihasilkan dan pasaran sekuriti tidak akan menyambung dagangan pada jam 2 petang.

“Kami akan menasihatkan pasaran tentang masa dagangan disambung semula sebaik sahaja penyelarasan ahli selesai,” kata bursa itu dalam kemas kininya di laman webnya pada pukul 1:53 petang.

Terdahulu, pada pukul 12:39 tengah hari, SGX berkata ia menjangka pasaran sekuriti menyambung dagangan pada 2 petang.

“Pasaran sekuriti SGX di tempatkan pada ‘fasa menyelaras’ pada pukul 11:38 pagi berikutan mesej pengesahan dagangan bertindan dihasilkan.

“Tiada dagangan bertindan dilaksanakan dan pasaran kekal teratur.

“Penyelarasan mesej sedang dijalankan,” maklum bursa tersebut dalam kemas kini di laman webnya.

Indeks Strait Times kali terakhir diniagakan ialah pada 2,907.06, turun 3.59 mata. – Bernama