Pasaran telefon pintar terpantas

Pasaran telefon pintar terpantas

HO CHI MINH CITY, 6 Julai (Agensi) – Jualan telefon pintar akan terus meningkat untuk sekurang-kurangnya lima tahun ke depan lagi di Vietnam yang kekal menjadi pasaran telefon pintar paling pesat berkembang di Asia Tenggara, memetik dari akhbar online tempatan kelmarin mengenai keputusan kaji seldik oleh firma Amerika Syarikat (AS) IDC.

Menurut IDC, Vietnam mengungguli senarai negara di Asia Tenggara dengan kadar perkembangan tertinggi telefon pintar pada 2014. Penghantaran telefon pintar ke Vietnam berjumlah 11.6 juta tahun lepas, mencerminkan perkembangan dari tahun ke tahun 57 peratus.

Telefon pintar juga mewakili 41 peratus kesemua telefon bimbit yang dihantar ke Vietnam tahun lepas dan dijangkakan menutupi fungsi telefon 2015, menurut IDC.

Huawei, jenama China, mempunyai pelancaran produk yang memberangsangkan di Vietnam awal tahun ini. Bagaimanapun, rangkaian pengedar terbesar telefon pintar di negara tersebut semua melaporkan kuasa pembelian adalah lemah.

Eksekutif kanan Lenovo Vietnam menyatakan ia sangat susah bagi pendatang baru untuk menjual produk di atas 6 juta dong Vietnam (AS$276.5).

Pengguna Vietnam lebih rela membeli produk terpakai Apple, Samsung atau Sony berbanding produk baru disebabkan jenama yang tidak dikenali, menurut laporan akhbar tempatan Doanh Nhan Sai gon.

ARTIKEL YANG SAMA