Pastamania buka cawangan di KBSentral

Pastamania buka cawangan di KBSentral

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 12 Jun – Pastamania Brunei yang mengetengahkan tema hidangan dari Itali, telah membuka cawangan ketiganya di Kuala Belait di tingkat bawah Pusat Membeli-belah KBSentral.

Majlis pelancaran cawangan berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran 20 kanak-kanak istimewa dari Pusat Ehsan dan Smarter Brunei cawangan Belait, di mana mereka diceriakan dengan pelbagai aktiviti seperti membuat piza, bergambar bersama maskot dan melepaskan belon ke udara.

Pengurus Cawangan Pastamania Belait, Ronald Catral berkata apa yang membuat kedai baru ini sungguh istimewa adalah ia mempunyai reka bentuk baru, yang mana ia mempunyai beranda yang dipenuhi dengan dekorasi bunga-bungaan, mural yang menggambarkan imej dari Itali yang membuat pelanggan berasa seperti menikmati jamuan makan malam di jalan-jalan yang terkenal di Itali.

“Pengalaman menikmati hidangan di sini benar-benar memberi suasana yang sepadan dengan jenis masakan yang Pastamania tawarkan,” kata beliau.

Ronald menambah bahawa visi Pastamania adalah untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan Itali pada harga yang berpatutan, termasuk piza, hidangan panggang sampingan, burger, minuman dan banyak lagi.

Kanak-kanak dari Pusat Ehsan dan Smarter Brunei bergambar ramai semasa pelancaran Pastamania baru di KBSentral, kelmarin.
Kanak-kanak dari Pusat Ehsan dan Smarter Brunei bergambar ramai semasa pelancaran Pastamania baru di KBSentral, kelmarin.

“Di sini selalu ada sesuatu yang baru untuk dinikmati setiap hari,” ujar Ronald lagi.

Pastamania Brunei, baru-baru ini, juga telah melancarkan satu set hidangan ‘premium’ baru yang terdiri daripada Pollo Alla Mania, Grilled siakap Fillet dengan Bruschetta, Chicken Fillet dengan Creamy Mushroom, Salmon Fillet dengan Spicy Tomato Salsa dan Salmon Fillet dengan Parsley Krim Sauce.

Setiap set terdiri daripada masakan daging atau ikan, pasta dan salad oren.

Selain itu, beberapa jenis minuman baru turut diperkenalkan seperti Minty Apple, Passion Berry Tea, Passion Peach Tea, Choco Licko Smoothie, yang boleh didapati di kesemua cadangan Pastamania di seluruh negara.

ARTIKEL YANG SAMA