Pastamania tampilkan bufet Ramadan

Pastamania tampilkan bufet Ramadan

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Pastamania turut tidak ketinggalan mengadakan bufet sungkai di cawangannya di Times Square, Berakas sepanjang Ramadan ini.

Ia menampilkan hidangan piza seperti Meat Lover, Chicken Teriyaki, Pepperoni selain pasta seperti Beef Bolognese, Marinara, Creamy Chicken serta Chicken Macaroni dan Beef Lasagna.

Pastamania juga turut menghidangkan ayam panggang, kaki kambing, stik dan lain-lain.

Hidangan sup, makanan pembuka selera serta pencuci mulut turut melengkapi bufet itu.

Bagi pelanggan yang membayar menggunakan Kad BIBD, akan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus manakala pada setiap hari Rabu, pelanggan BIBD akan mendapat diskaun 30 peratus.

pg10_160615_b

Antara menu pilihan berbuka puasa di Pastamania, Times Square, Berakas.
Antara menu pilihan berbuka puasa di Pastamania, Times Square, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA